Pages

Tips Memancing Kelah (Jana Wang Adsense)

FISHING INFO

Umpan Terbaik Siakap dan Teknik Perambut Siakap
Pancing Tenggiri, Kaedah Penyediaan Umpan Casting Tenggiri dan Lubuk Tenggiri
Tips Pancing Haruan dan Umpan Terbaik Haruan



Tips Pancing Kelah

Peralatan memancing kelah perlu dititikberatkan oleh setiap pemancing sebelum turun memancing spesies ini. Perkara ini amat mustahak dan mesti diberi perhatian yang serius kerana ramai pemancing akan kecewa dan gagal di peringkat awal petempuran dengan raja sungai yang gagah ini. Pengalaman saya memancing kelah telah menyaksikan ramai pemancing mengalami kejutan yang tak terduga apabila umpan disambar kelah. Mana-mana kekili yang tidak diikat dengan kemas dan kuat akan terbang ke dalam sungai. Biasanya kekili yang dapat semula selepas terbang ke dalam sungai akan mengalami kerosakan yang teruk seperti shaf bengkok atau alas bebola(ball bearing) serta gear pecah. Oleh itu, untuk memancing kelah, tiga faktor utama yang perlu dititikberatkan adalah seperti berikut:

1. Pemilihan kekili yang sesuai
2. Joran
3. Tali Pancing

Pemilihan kekili yang sesuai

Kelah adalah spesis ikan yang amat kuat, pantas dan gagah. Jadi untuk bertarung dengan ikan kelah, ia memerlukan kekili yang berkualiti tinggi. Kebiasaannya harga pasarannya agak mahal sedikit. Kekili yang berkualiti adalah kekili yang mempunyai shaf yang besar dan kuat serta mampu menerima hentakan yang kuat. Kekili tersebut mestilah dari bahan yang tahan karat.

Setiap pemancing kelah diingatkan sekali lagi supaya mementingkan kualiti kekili bagi memastikan kita tidak kecewa apabila bertempur dengan ikan kelah. Setiap model kekili yang digunakan perlu dikhaskan untuk memancing kelah yang berbeza saiznya. Ini beerti kekili yang kuat tetapi kecil perlulah disasarkan untuk memancing kelah bersaiz kecil yang kurang daripada 4 kg dan kekili yang besar untuk kelah melebihi saiz 4 kg. Namun begitu ada kemungkinan kelah besar memakan umpan semasa kita menggunakan kekili yang kecil tetapi kekili tersbut masih berkemampuan untuk bertempur bergantung kepada skil dan kemahiran pemancing.

Sebagai contoh model DAM Quick 220N, 221N, 220P dan 221P amat sesuai bagi kelah yang beratnya bawah 4 kg tetapi ia mampu bertempur dengan kelah yang lebih besar sehingga 7 ke 8 kg, begitu juga model Bando 2000, Daiwa BG13, BG15, Penn 714Z dan Ryobi Pro Target. Setakat yang diketahui, model-model Daiwa BG, Penn siri Z, DAM Quick, Fin Nor, Bando dan Shimano telah membuktikan kemampuan dan keupayaan masing-masing bila bertempur dengan kelah. Sebagai pesanan, jika anda mempunyai kekili yang berkualiti, gunakan dengan penuh bijaksana kerana anda mempunyai harta yang tidak ternilai.

Dalam memilih memilih kekili yang baik, sistem kekili pada bahagian dalam kekili juga perlu diberi perhatian. Trend kini, sistem alas bebola(ball bearing) telah digunakan secara meluas bagi memberi kelembutan karauan dan mempercepatkan gulungan tali dalam gelendung. Untuk kepuasan ketika memancing kelah, saya cadangkan anda menggunakan kekili yang mempunyai lebih dari 3 alas bebola. Ini disebabkan penggunaan banyak alas bebola menjadikan proses karauan lebih cepat, lancar dan laju. Inilah kebaikan alas bebola. Oleh itu, keputusan di tangan anda, sila buat pilihan yang tepat apabila membeli kekili untuk bertempur dengan kelah. Sekian untuk kali ini.

PERHATIAN : Sekiranya anda berminat menjana pendapatan menerusi penulisan blog, sila dapatkan Modul PERCUMA dari saya. Sila nyatakan email anda pada ruangan komen blog ini atau emailkan email anda kepada saya.

Email saya :
gegarwang@gmail.com

JANA WANG ADSENSE

Tips Pancing Toman (Jana Wang Adsense)


Ikan toman boleh dipancing dengan kaedah casting, popping, trolling dan dasar dengan umpan hidup. Gewang tiruan seperti rapala, sesudu, dan popper boleh digunakan tetapi hendaklah bersesuaian dengan lokasi memancing. Apa yang paling penting, anda perlu berhati-hati ketika toman menyambar umpan anda kerana ia akan berenang ke kawasan reba kayu dan boleh menyebabkan anda menggigit jari;)

PERHATIAN : Sekiranya anda berminat menjana pendapatan menerusi penulisan blog, sila dapatkan Modul PERCUMA dari saya. Sila nyatakan email anda pada ruangan komen blog ini atau emailkan email anda kepada saya.

Email saya :
gegarwang@gmail.com

JANA WANG ADSENSE