Pages

Aset Perniagaan Internet | Kepentingan Membina List | Adsense | Affiliate (JANA WANG ADSENSE)

MAKE MONEY WITH GOOGLE ADSENSE

Assalamu'alaikum & Salamsejahtera.

Pembaca yang dihormati,

Dalam artikel yang lepas saya telah berkongsi mengenai memaksimakan pendapatan blog dengan meletakan Affiliate link di bahagain akhir artikel. Kesimpulannya, sekiranya visitor klik link affiliate dan membeli product dari laman web jualan tersebut, anda akan dibayar sejumlah komisyen yang telah dipersetujui (mungkin 50% atau 75%, ia bergantung kepada persetujuan anda dengan laman web jualan tersebut)

Ini bermakna sumber pendapatan anda sekarang ini ada dua iaitu Adsense dan juga Affiliate. Syabas dan tahniah kerana anda telah memulakan perniagaan internet dengan betul!

Nasihat saya, mulakan dengan yang sedikit, mudah dan kembangkan. Adsense+Affiliate... dan kemudian jual Produk sendiri sekiranya ada!

Baiklah! sekarang ini, apakah ASSET perniagaan internet yang sebenarnya?

Goole Adsense?

Jawapan TIDAK, apakah yang akan berlaku kepada pendapatan anda sekiranya Google Inc membuat keputusan untuk tidak meneruskan program Google Adsense atau menutup akaun Adsense anda. Segala pendapatan Adsense akan berakhir.

Affiliate Program?

Jawapannya pun juga TIDAK, apakah yang akan berlaku sekiranya empunya affiliate program tersebut tidak lagi mahu meneruskan jualan produk mereka. Segala pendapatan Affiliate anda juga akan berakhir.

Sila FOKUSKAN apa yang akan saya tulis di bawah : Beri TUMPUAN sepenuhnya..

ANDA baca ini dengan penuh TUMPUAN, asset perniagaan internet anda yang paling penting ialah "LIST BUILDING" iaitu membina list subscribers sendiri.

Apa sebenarnya LIST BUILDING?

"List building" adalah satu proses di mana anda mengumpulkan maklumat iaitu "nama" dan "alamat email" pengunjung yang dating ke laman blog anda melalui "web form" dan membina hubungan baik dengan subscriber ini.

Bayangkan sekiranya anda mempunyai 10,000 subscribers list. Setiap kali anda publishkan artikel yang baru di laman blog, lakukan broadcast untuk menjemput 10,000 subscribers ini untuk membaca artikel di
blog tersebut ini bermakna anda akan mendapat "repeat visitor" ke laman blog tersebut dan potensi untuk 10,000 subscribers ini melakukan klik pada Adsense di blog ini juga begitu tinggi.

Itu Adsense...

Bagaimana pula dengan Affiliate?

Katakan anda mempromosikan produk affiliate yang mana Narul akan dibayar sebanyak usd $47 sebagai komisyen untuk setiap jualan. Anda rekomen produk ini kepada 10,000 subscribers dan walaupun hanya 2,000 orang membeli produk tersebut maka anda akan mendapat keuntungan sebanyak (usd $94,000) instantly!

Mungkin 2,000 banyak sangat, katakan 200 subscriber membeli, anda masih boleh menjana pendapatan sebanyak usd $9,400 instantly! Ini saya belum sentuh berkenaan penjualan produk sendiri yang 100% profits. ( saya akan ceritakan
di email akan datang)

Kepentingan Membina List

Fahamkan betul-betul apa yang saya ingin ulaskan di sini tentang kepentingan "Membina List". Membawa trafik (pengunjung) ke laman web atau blog bukan satu usaha yang mudah, ianya memerlukan masa, tenaga dan juga wang ringgit.

Katakan lah anda berjaya membawa pengunjung ke laman web anda, tidak kiralah sama ada anda meletakkan Adsense, menjual produk sendiri mahupun mempromosikan affiliate.

BUKAN 100% mereka yang datang itu akan membeli atau setuju dengan produk affiliate yang anda tawarkan. Standard purata hanya dalam lingkungan 5% yang akan membuat pembelian ketika itu juga.

Apa jadi dengan yang 95% lagi?

PENTING!... jangan biarkan mereka pergi begitu sahaja, offer mereka sesuatu yang percuma sebagai
contoh:-

[+] Laporan Percuma
[+] Ebook Percuma
[+] Tips Percuma
[+] Newsletters Percuma
[+] Modul Percuma

"Capture" nama dan alamat email mereka untuk anda membuat "follow up".

Pengunjung tidak akan menolak kalau anda berikan sesuatu yang PERCUMA!

Perkataan ~PERCUMA~ ini penting!

Lazimnya pengunjung tidak akan membeli pada kali pertama mereka datang ke sesuatu laman web
itu. Mengikut kajian, potential customer akan membeli selepas 7 ~ 9 kali follow up yang mereka terima.

Sebab itu adalah penting akan penggunaan "autoresponder" dalam perniagaan internet.

Oh! saya rasa artikel ini dah terlalu panjang. Saya rasa cukup untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca sehingga akhir dan berharap anda mendapat manfaat dari tips yang saya kongsikan.

MAKE MONEY WITH GOOGLE ADSENSE

Wanna watch the magic of American Idol live? Well then better be quick, join Ford Contest and win an all expense paid trip!

Ford Fiesta for American Idol

American Idol season is back! New judges, new drama, new winner. Wanna catch the American Idol Season 10 Semi-Finals live? Well Ford is going to make your dreams come true! Check out Ford contest featuring its new Ford Fiesta with a magic touch - Bluetooth with Voice Control. And stand a chance to win an all expense paid trip to watch American Idol Season 10. Shake this excitement through your followers!

Wanna watch the magic of American Idol live? Well then better be quick, join Ford Contest and win an all expense paid trip!

Maksimakan Pendapatan Blog; Buat Duit Melalui Blog

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera

Pembaca yang dihormati,


Pernahkah anda terfikir, bagaimanakah anda dapat memaksimakan pendapatan blog yang anda bina. Anda sebenarnya boleh memaksimakan
pendapatan melalui blog tersebut dengan hanya perlu melakukan sedikit perubahan yang dilakukan terhadap blog Adsense yang telah dibina.

Senang sahaja iaitu, letakkan link affiliate produk yang berkaitan dengan kandungan blog tersebut di akhir setiap artikel yang dipublishkan.

Kalau melalui Adsense, anda menjanapendapatan berdasarkan per "click" pada iklan Adsense yang muncul di blog anda; tetapi dengan Affiliate, anda menjana pendapatan berdasarkan peratusan komisyen jualan
produk.

Bagusnya Adsense ini, anda tidak perlu risau sama ada visitor yang klik iklanAdsense itu membeli produk advertiser tersebut atau tidak, sebaik sahaja mereka klik,
anda akan dibayar komisyen... simple!

Sekarang mari kita lihat bagaimana kita boleh kaitkan Adsense dengan Affiliate ini...

Kata kan visitor "A" klik iklan Adsense di blog anda dan dengan itu visitor "A" akan dibawa ke laman web jualan Advertiser tersebut. Disebabkan klik pada iklan Adsense tersebut, anda dibayar komisyen sebanyak $1 per
klik oleh Google (sebagai contoh). Visitor "A" yang sekarang berada di laman web jualan Advertiser tersebut pula tertarik dengan produk yang ditawarkan lalu membuat pembelian produk dengan harga $47 (sebagai contoh).

Dalam masa yang sama Advertiser ini ada menawarkan program affiliate yang menjanjikan 75% komisyen atas setiap jualan oleh agen affiliate maka anda tidak akan menerima apa-apa komisyen dari jualan yang berlaku.

Walaupun ya...anda ber POTENSI menjana pendapatan komisyen sebanyak 75% x $47 = $35 (RM123)

Ini kerana anda tidak mempromosikanya sebagai Affiliate tetapi sebagai publisher yang menjana pendapatan dari komisyen per klik terhadap iklan Advertiser tersebut.

Penting untuk di ambil kira, bukan semua visitor yang pergi ke laman web jualan Advertiser tersebut akan membuat pembelian produk lebih-lebih lagi kalau laman web jualan itu tidak mempunyai "Salesletter" yang menarik.
MUNGKIN dari jumlah seratus visitor hanya satu sahaja yang membeli (itu pun dah cukup baik 1% conversion), anda tidak akan mendapat apa-apa komisyen dari sejumlah 99 klik yang berlaku pada link affiliate yang di letakkan.

Jadi untuk mendapatkan manfaat dari kedua-duanya, letakkan kedua-duanya iaitu iklan Adsense dan juga link affiliate di blog anda. Saya cadangkan letakkan link affiliate di akhir artikel
yang dipublishkan. Sebaik-baiknya artikel tersebut jangan padat dengan info tetapi buatkan pembaca rasa ingin lebih tahu maka dengan itu ada potensi yang tinggi visitor tersebut akan klik link Affiliate yang anda letakkan di bahagaian akhir
artikel.

Yang penting, buat tracking dan testing. Saya harap tips ini membantu anda memaksimakan pendapatan dari blog anda.

Untuk mendapatkan produk digital untuk dipasarkan sebagai affiliate sila register di sini (percuma):

http://www.ClickBank.com
http://www.PayDotCom.com

Sekian

Kelebihan dan Hikmah Mandi; Mandi Air Panas; Mandi Air Sejuk

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.