Pages

Maksimakan Pendapatan Blog; Buat Duit Melalui Blog

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera

Pembaca yang dihormati,


Pernahkah anda terfikir, bagaimanakah anda dapat memaksimakan pendapatan blog yang anda bina. Anda sebenarnya boleh memaksimakan
pendapatan melalui blog tersebut dengan hanya perlu melakukan sedikit perubahan yang dilakukan terhadap blog Adsense yang telah dibina.

Senang sahaja iaitu, letakkan link affiliate produk yang berkaitan dengan kandungan blog tersebut di akhir setiap artikel yang dipublishkan.

Kalau melalui Adsense, anda menjanapendapatan berdasarkan per "click" pada iklan Adsense yang muncul di blog anda; tetapi dengan Affiliate, anda menjana pendapatan berdasarkan peratusan komisyen jualan
produk.

Bagusnya Adsense ini, anda tidak perlu risau sama ada visitor yang klik iklanAdsense itu membeli produk advertiser tersebut atau tidak, sebaik sahaja mereka klik,
anda akan dibayar komisyen... simple!

Sekarang mari kita lihat bagaimana kita boleh kaitkan Adsense dengan Affiliate ini...

Kata kan visitor "A" klik iklan Adsense di blog anda dan dengan itu visitor "A" akan dibawa ke laman web jualan Advertiser tersebut. Disebabkan klik pada iklan Adsense tersebut, anda dibayar komisyen sebanyak $1 per
klik oleh Google (sebagai contoh). Visitor "A" yang sekarang berada di laman web jualan Advertiser tersebut pula tertarik dengan produk yang ditawarkan lalu membuat pembelian produk dengan harga $47 (sebagai contoh).

Dalam masa yang sama Advertiser ini ada menawarkan program affiliate yang menjanjikan 75% komisyen atas setiap jualan oleh agen affiliate maka anda tidak akan menerima apa-apa komisyen dari jualan yang berlaku.

Walaupun ya...anda ber POTENSI menjana pendapatan komisyen sebanyak 75% x $47 = $35 (RM123)

Ini kerana anda tidak mempromosikanya sebagai Affiliate tetapi sebagai publisher yang menjana pendapatan dari komisyen per klik terhadap iklan Advertiser tersebut.

Penting untuk di ambil kira, bukan semua visitor yang pergi ke laman web jualan Advertiser tersebut akan membuat pembelian produk lebih-lebih lagi kalau laman web jualan itu tidak mempunyai "Salesletter" yang menarik.
MUNGKIN dari jumlah seratus visitor hanya satu sahaja yang membeli (itu pun dah cukup baik 1% conversion), anda tidak akan mendapat apa-apa komisyen dari sejumlah 99 klik yang berlaku pada link affiliate yang di letakkan.

Jadi untuk mendapatkan manfaat dari kedua-duanya, letakkan kedua-duanya iaitu iklan Adsense dan juga link affiliate di blog anda. Saya cadangkan letakkan link affiliate di akhir artikel
yang dipublishkan. Sebaik-baiknya artikel tersebut jangan padat dengan info tetapi buatkan pembaca rasa ingin lebih tahu maka dengan itu ada potensi yang tinggi visitor tersebut akan klik link Affiliate yang anda letakkan di bahagaian akhir
artikel.

Yang penting, buat tracking dan testing. Saya harap tips ini membantu anda memaksimakan pendapatan dari blog anda.

Untuk mendapatkan produk digital untuk dipasarkan sebagai affiliate sila register di sini (percuma):

http://www.ClickBank.com
http://www.PayDotCom.com

Sekian